3.0 Adenium obesum - Desert Rose
Pokok Adenium obesum, Desert Rose, atau dipanggil Kemboja Cina kalau dalam bahasa melayunya popular dijadikan tanaman hiasan baik di laman mahupun di dalam rumah. Ini kerana bunganya yang cantik. Ia dipanggil Desert Rose kerana asalnya memang dari padang pasir Arab dan Afrika Timur.
Jika diperhatikan, ciri pokok Kemboja Cina ni ia mempunyai pangkal yang berbuli dan bengkak bermula dari mana batangnya yang terdedah, berkayu menonjol, dengan gugusan daun hijau dan tebal di bahagian atas.
Kerana asalnya dari padang pasir, maka pokok ini memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Ia akan mula banyak berbunga semasa musim panas. Sebagai sejenis tumbuhan sukulen, pokok ini tidak memerlukan banyak air, menjadikan ia sesuai untuk mereka yang macam saya, selalu terlupa untuk menyiram pokok.
Air yang banyak akan menyebabkan jangkitan penyakit pada akar dan batang pokok. Pemilihan media tanaman juga mestilah dari jenis yang tidak mudah menakung air dan berongga. Tiga gabungan yang terbaik untuk tanaman ini mestilah mengandungi:
- Bahan bukan organik seperti pasir kasar, perlite ataupun vermiculite.
- Bahan organik seperti kompis atau tanah kebun yang biasa kita beli di nurseri.
- Kulit kayu atau sabut yang biasa digunakan untuk tanaman orkid.
Begitulah.
Comments
Post a Comment