5.0 Bertanam organik cara Korea?
JADAM merupakan singkatan kepada bahasa korea iaitu Jayonul Damun Saramdul yang bermaksud orang yang sukakan alam semulajadi. JADAM dibangunkan lebih 20 tahun lalu untuk memberi penekanan dan mendidik masyarakat bahawa pertanian yang berasaskan alam semulajadi boleh diamalkan dengan mudah dan murah.
Kaedah JADAM termasuklah menggunakan mikroorganisma, baja cecair, air mineral, tanaman tutup bumi dan banyak lagi tetapi dua ciptaan terbesarnya mungkin adalah agen pembasah (wetting agent) JADAM (JWA) dan sulfur JADAM (JS). JWA ialah agen pembasahan (surfaktan) mesra alam. Racun umumnya memerlukan agen pembasahan untuk memastikan bahan aktifnya membasahi permukaan tanaman sepenuhnya. JS pula ialah racun kuman yang kuat yang boleh dibuat dengan mudah. Kedua-dua input boleh dibuat oleh petani dengan mengikut arahan mudah dan kedua-dua bahan ini menggunakan bahan-bahan yang dibenarkan di bawah pengeluaran organik.
Pengasas dan Presiden JADAM, Youngsang Cho, telah memilih untuk tidak mempatenkan pengetahuan ini sebaliknya membukanya kepada semua orang supaya semua petani di dunia mendapat manfaat daripadanya. Melalui DIY yang mudah (buat sendiri), penanam akan dapat menjimatkan kos yang besar, besar dan BESAR.
Saya rasa saya akan membuat siri khusus untuk mengulas lebih lanjut mengenai JADAM ni agar orang kita pun boleh mendapat mafaat daripadanya.
Begitulah.
Comments
Post a Comment