1.0 Perihal domain dan hosting
Setelah berkira-kira dan cuba seharian untuk set up my own domain dan setup wordpress, saya rasa lebih baik lah guna saja blogspot ni. Ingatkan senang je untuk beli domain dan hosting. Rupanya agak leceh.
Saya asalnya berniat menggunakan domain sendiri dan konon-kononnya tak mahu lah gunakan blogspot agar nampak lebih professional dan kemas. Tapi lepas beli domain di Google dengan harga RM50 untuk setahun, rupanya lepas tu kena beli pulak hosting. Nasib baik hosting ada trial 30 hari, percuma.
Lepas dah set up domain dan hosting, nak kena sambung pula keduanya. Cuba punya cuba, masih tak berjaya. Agaknya Tech Support pun dah bosan melayan soalan-soalan saya yang noob ni. Akhirnya saya buat keputusan untuk batalkan saja langganan hosting, dan juga domain. Saya juga telah meminta refund dari Google untuk domain yang telah dibeli. Nak delete pun payah juga sebab kena hubungi Tech Support mereka, memandangkan domain yang dibeli tak sampai pun 5 hari.
Oh well.
Jadi kesudahannya, kita guna saja lah blogspot ni. Free dan mudah digunakan. Kalau OK, lepas ni lah kita fikir-fikirkan kembali masalah domain dan hosting tu.
Saya biasanya menulis di Twitter (@twt_tani), tapi ye lah, kat sana sangat terhad jumlah huruf yang dibenarkan. Rasa tak seronok pula, lagi-lagi ada isu pertanian yang memerlukan penjelasan lebih panjang. Jadi saya fikir, kenapa tidak kita buat satu laman wab yang proper untuk pertanian kan? Sebab blog pertanian yang selalu saya jumpa hanyalah anim.blogspot. Tak ada satu laman web yang proper berupa majalah yang kelihatan lebih professional. Kemudian saya terfikir, mungin Datuk pun mengalami masalah yang sama seperti saya. Haha...
Tapi kalau ada laman web pertanian yang professional macam yang selalu kita jumpa di luar negara kan seronok? Baru lah pertanian kita ni tak nampak cikai sangat. Nampak professional. Setara dengan hasrat kita nak moden dan ubah jenama pertanian tu. Tapi tu lah. Tak apa lah, kalau ada rezeki, saya akan usahakan. Buat masa sekarang, mungkin saya perlu melatih diri untuk menulis secara lebih konsisten disini, dan kemudian baru lah ianya memadai.
Doa-doakan saya istiqamah. Kalau anda ada Twitter, boleh la follow saya di twt_tani.
Update: Akhirnya saya just link kan domain ke Blogger. Tapi tak dapat la guna platform WordPress yang lebih cantik.
--
Sekian.
Comments
Post a Comment