2.0 Apa beza organik dengan IPM?

Organik vs IPM

Bila kita bercakap tentang pertanian organik, yang akan saya ringkaskan menjadi PO, mesti tak dapat dipisahkan untuk menyentuh juga berkenaan Intergrated Pest Management (IPM) ataupun dalam bahasa Melayunya. Pengurusan Perosak Bersepadu. Secara umum, pertanian organik tidak menggunakan bahan sintetik langsung. Tetapi IPM, penggunaan bahan sintetik masih dibenarkan, dengan gabungan strategi pengurusan penyakit.

Sebenarnya, bukan mudah-mudah untuk kita claim bahawa produk kita organik tau, lebih-lebih lagi produk kita tu ingin memasuki pasaran antarabangsa. Kalau dijual di pasar-pasar kecil tu mungkin mudah sebab undang-undang dan penguatkuasaan masih belum kuat. Tapi di peringkat antarabangsa, PO dikawalselia oleh badan-badan standard seperti IFOAM (International Federation of Organic Agriculture Movements) Norms (IF- OAM, 2012), Codex Alimentarius (FAO and WHO, 2007), atau European Union (EU) regulation (EC, 2007).

Menurut Codex Alimentarius, PO perlu patuh kepada takrifan:

"Pertanian organik ialah sistem pengurusan pengeluaran holistik yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan agroekosistem, termasuk biodiversiti, kitaran biologi, dan aktiviti biologi tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan berbanding penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira bahawa keadaan serantau memerlukan sistem yang disesuaikan secara tempatan. Ini dicapai dengan menggunakan, jika boleh, kaedah budaya, biologi, bioteknikal, fizikal dan mekanikal, berbanding menggunakan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem."

Sebagaimana dengan PO, IPM pun ada standard dia sendiri juga. Ia dibangun dan diselia oleh International Organisation for Biological and Integrated Control (IOBC). Tujuan utama IPM ni adalah untuk mengelakkan dan menindas populasi supaya ianya tak terlalu berlebihan sehingga memberi kesan negatif kepada hasil pertanian. Dalam IPM, dia ada satu nilai ambang atau economic thresholds. Selagi kesan penyakit tak melebihi nilai ambang tu, maka penyakit dan perosak tak perlu dikawal. Pucuk pangkalnya, IPM masih membenarkan penggunaan bahan kimia sintetik. 

IPM lebih kepada merawat simptom berbanding punca penyakit. Petani pula, kalau di Eropah, tidak begitu gemar menggunakan IPM ni kerana kos yang lebih tinggi dan kebarangkalian untuk rugi adalah tinggi. Lagi pula, harga racun sintetik jauh lebih murah dari kos kerugian yang bakal ditanggung, jadi mereka tak nampak keperluan menggunakan IPM.

Begitulah.

Comments

Popular posts from this blog

3.0 Adenium obesum - Desert Rose

5.0 Bertanam organik cara Korea?

8.0 Troubleshooting Sistem NFT (Siri 2)