4.0 Lithops
Satu lagi jenis sukulen yang popular adalah Lithops. Nama lain bagi tanaman ini adalah Living Stones, sebab bentuk dia pun memang nampak mcm batu, walaupun sebenarnya sejenis tumbuhan. Sama seperti Adenium, Lithops juga berasal dari habitat padang pasir, sebab tu bentuknya pun macam batu.
Sebenarnya, batang Lithops yang pendek tersembunyi di dalam tanah, dan dari batang ini lah keluar sepasang daun yang berisi seumpama kaktus, berbentik separuh bulatan. Daun ini tumbuh dengan sangat perlahan dan tidak ada banyak perubahan antara yang muda dan tua, sehinggakan mereka turut dipanggil Living Stones, atau batu hidup.
Permukaan atas daun Lithops boleh menjadi plain, dan ada juga yang bercorak dengan tona dan tekstur yang berbeza. Daunnya bercantum hingga hampir ke hujung di mana kita akan dapat lihat daunnya berpecah kepada dua. Di sini lah nanti bunganya yang berbentuk seakan-akan daisy akan keluar. Selepas lithop berbunga, daun lama akan layu dan mati kemudian daun baru akan muncul menggantikannya.
Lithops memerlukan cahaya matahari langsung sekurang-kurangnya beberapa jam antara 5 hungga 6 jam setiap hari. Tapi kalau terik sangat, dia mungkin menjadi lecur. Jadi hati-hati ye. Walaupun dia macam batu, tapi dia tak lah lasak maca batu tau. Meletakkan Lithops di persekitaran yang hangat juga akan membantu menggalakkan pembungaan.
Sama juga seperti tumbuhan sukulen yang lain, ia tidak boleh diairi dengan terlalu kerap dan banyak. Hanya apabila tanah benar-benar kering, barulah ia boleh disiram sehingga tanah menjadi sedikit lembab. Campuran tanah yang sesuai boleh guna nisbah yang sama seperti di post adenium.
Penyakit yang selalu menyerang Lithops ni, macam biasalah, hama labah-labah, thrips, kutu putih, kutu daun, dan siput. Tapi cara nak rawat dia pun tak payah, boleh sembur je dengan air.
Begitulah
Comments
Post a Comment