6.0 Penghasilan larutan mikroorganisma asli JADAM (JMS)
Sumber dari SINI
Prinsip utama penghasilan JMS adalah mikrob yang dikultur berasal dari kawasan sekitar di mana tanaman tersebut di tanam. Ini memastikan mikrob tersebut adalah paling sesuai dengan kawasan tersebut. Ini kerana, kadang-kadang larutan mikrob komersial yang dibeli di kedai-kedai tidak dihasilkan untuk sesuai dengan kawasan kita. Lagi-lagi di Malaysia yang beriklim panas lembab.
Berikut merupakan resepi dan kaedah untuk menghasilkan JMS, atau larutan mikroorganisma asli JADAM.
- Tuang 500 liter air tidak berklorin ke dalam bekas. Seeloknya air hujan atau air semulajadi.
- Larutkan 0.5 kg garam laut ke dalam air.
- Masukkan 1 kg kentang rebus, 0.5 kg daun reput dan letakkan beberapa biji batu ke dalam beg jaring halus. Untuk membiakkan mikrob yang khusus untuk sesuatu tanaman, anda boleh gantikan daun reput dengan 1 kg sisa tanaman (buah, daun, dahan) dan dimasukkan ke dalam beg halus dan gantung di atas bekas. Sebagai contoh, jika anda mahu gunakan JMS untuk tanaman sawi, maka sisa sawi yang telah reput dan berkulapuk boleh digunakan.
- Rendamkan beg ke dalam air yang berisi garam tadi.
- Goncangkan beg supaya isinya meresap dengan air.
- Kemudian tutup penutup dan biarkan di bawah matahari untuk dikultur.
- Seeloknya letakkan di keadaan persekitaran yang sama seperti tanaman.
- Proses ini biasanya mengambil masa 1-3 hari untuk siap. Namun ia akan lebih cepat pada cuaca panas.
- Larutan akan kelihatan berbuih-buih menandakan mikrob di dalamnya hidup dan membiak. Apabila telah siap, JMS sedia digunakan samada terus ke tanah atau semburan foliar.
Di post yang seterusnya saya akan kongsikan bagaimana untuk menggunakan JMS dengan betul.
Begitulah.
Comments
Post a Comment