Posts

8.0 Troubleshooting Sistem NFT (Siri 2)

Image
  Siri ini adalah sambungan daripada Siri 1, yang boleh dibaca di SINI . 1. Soalan Lazim: Apakah yang boleh saya lakukan jika saluran NFT saya bocor? Jawapan: Periksa sebarang keretakan di sepanjang saluran, terutamanya sudut-sudut sambungan paip. Sekiranya ada, paip boleh dibaiki dengan menggunakan gam silikon atau menggantikan paip yang rosak dengan yang baru. Selain itu, pengusaha juga boleh memeriksa dan memastikan cerun kecondongan yang betul untuk mengelakkan pengumpulan dan kebocoran. 2. Soalan Lazim: Bagaimanakah boleh saya menghalang pertumbuhan alga dalam sistem NFT tanpa menggunakan racun? Jawapan: Pengusaha boleh mengurangkan dan meminimakan pendedahan tangki larutan nutrient kepada cahaya dengan menutup saluran atau menggunakan bahan penyekat cahaya. Selain itu, pengusaha boleh menambah 1 bahagian  hidrogen peroksida kepada 20 bahagian air. Kepekatan larutan nutrien mestilah bersesuaian dengan tahap tumbesaran tanaman. Kebiasaannya, nilai EC di antara 0.5 hingga 2...

7.0 Troubleshooting Sistem NFT (Siri 1)

Image
  Sistem NFT, atau nama penuhnya Nutrient Film Technique, menjadi pilihan ramai pengguna yang mahu menanam sayuran. Baik petani kecil-kecilan di belakang rumah atau ladang bersaiz komersial, NFT menjadi sistem utama kerana ianya mudah dibina, mudah diselanggara serta versatil. Selain dari NFT, satu lagi sistem yang tidak kurang popular adalah DWC, atau Deep Water Culture. Mungkin di entri yang lain, saya akan bandingkan antara kedua-dua sistem ini, bagi membantu mereka yang berminat untuk membuat keputusan yang lebih baik. Untuk entri kali ini, saya akan sentuh dan senaraikan beberapa perkara, persoalan atau isu yang selalu menjadi tumpuan pengusaha. Saya akan tulis entri ini dalam beberapa siri agar lebih ringkas dan mudah dibaca. Jom, kita lihat baca troubleshooting NFT siri 1. Saya harap ianya akan membantu kalian di luar sana. 1. Mengapakah sesetengah tanaman saya tumbuh lebih perlahan atau lebih kecil daripada yang lain dalam sistem NFT saya? Jawapan: Pertumbuhan tidak sekata ...

6.0 Penghasilan larutan mikroorganisma asli JADAM (JMS)

Image
Sumber dari SINI Prinsip utama penghasilan JMS adalah mikrob yang dikultur berasal dari kawasan sekitar di mana tanaman tersebut di tanam. Ini memastikan mikrob tersebut adalah paling sesuai dengan kawasan tersebut. Ini kerana, kadang-kadang larutan mikrob komersial yang dibeli di kedai-kedai tidak dihasilkan untuk sesuai dengan kawasan kita. Lagi-lagi di Malaysia yang beriklim panas lembab. Berikut merupakan resepi dan kaedah untuk menghasilkan JMS, atau larutan mikroorganisma asli JADAM. Tuang 500 liter air tidak berklorin ke dalam bekas. Seeloknya air hujan atau air semulajadi. Larutkan 0.5 kg garam laut ke dalam air. Masukkan 1 kg kentang rebus, 0.5 kg daun reput dan letakkan beberapa biji batu ke dalam beg jaring halus. Untuk membiakkan mikrob yang khusus untuk sesuatu tanaman, anda boleh gantikan daun reput dengan 1 kg sisa tanaman (buah, daun, dahan) dan dimasukkan ke dalam beg halus dan gantung di atas bekas. Sebagai contoh, jika anda mahu gunakan JMS untuk tanaman sawi, ma...

5.0 Bertanam organik cara Korea?

Image
  Sumber gambar di SINI JADAM merupakan singkatan kepada bahasa korea iaitu  Jayonul Damun Saramdul yang bermaksud orang yang sukakan alam semulajadi. JADAM dibangunkan lebih 20 tahun lalu untuk memberi penekanan dan mendidik masyarakat bahawa pertanian yang berasaskan alam semulajadi boleh diamalkan dengan mudah dan murah. Kaedah JADAM termasuklah menggunakan mikroorganisma, baja cecair, air mineral, tanaman tutup bumi dan banyak lagi tetapi dua ciptaan terbesarnya mungkin adalah agen pembasah ( wetting agent ) JADAM (JWA) dan sulfur JADAM (JS). JWA ialah agen pembasahan (surfaktan) mesra alam. Racun umumnya memerlukan agen pembasahan untuk memastikan bahan aktifnya membasahi permukaan tanaman sepenuhnya. JS pula ialah racun kuman yang kuat yang boleh dibuat dengan mudah. Kedua-dua input boleh dibuat oleh petani dengan mengikut arahan mudah dan kedua-dua bahan ini menggunakan bahan-bahan yang dibenarkan di bawah pengeluaran organik. Pengasas dan Presiden JADAM, Youngsang Cho...

4.0 Lithops

Image
  Satu lagi jenis sukulen yang popular adalah Lithops . Nama lain bagi tanaman ini adalah Living Stones, sebab bentuk dia pun memang nampak mcm batu, walaupun sebenarnya sejenis tumbuhan. Sama seperti Adenium, Lithops  juga berasal dari habitat padang pasir, sebab tu bentuknya pun macam batu. Sebenarnya, batang Lithops yang pendek tersembunyi di dalam tanah, dan dari batang ini lah keluar sepasang daun yang berisi seumpama kaktus, berbentik separuh bulatan. Daun ini tumbuh dengan sangat perlahan dan tidak ada banyak perubahan antara yang muda dan tua, sehinggakan mereka turut dipanggil Living Stones , atau batu hidup. Permukaan atas daun Lithops boleh menjadi plain , dan ada juga yang bercorak dengan tona dan tekstur yang berbeza. Daunnya bercantum hingga hampir ke hujung di mana kita akan dapat lihat daunnya berpecah kepada dua. Di sini lah nanti bunganya yang berbentuk seakan-akan daisy akan keluar. Selepas lithop berbunga, daun lama akan layu dan mati kemudian daun baru a...

3.0 Adenium obesum - Desert Rose

Image
  Pokok Adenium obesum , Desert Rose, atau dipanggil Kemboja Cina kalau dalam bahasa melayunya popular dijadikan tanaman hiasan baik di laman mahupun di dalam rumah. Ini kerana bunganya yang cantik. Ia dipanggil Desert Rose kerana asalnya memang dari padang pasir Arab dan Afrika Timur. Jika diperhatikan, ciri pokok Kemboja Cina ni ia mempunyai pangkal yang berbuli dan bengkak bermula dari mana batangnya yang terdedah, berkayu menonjol, dengan gugusan daun hijau dan tebal di bahagian atas. Kerana asalnya dari padang pasir, maka pokok ini memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Ia akan mula banyak berbunga semasa musim panas. Sebagai sejenis tumbuhan sukulen, pokok ini tidak memerlukan banyak air, menjadikan ia sesuai untuk mereka yang macam saya, selalu terlupa untuk menyiram pokok. Air yang banyak akan menyebabkan jangkitan penyakit pada akar dan batang pokok. Pemilihan media tanaman juga mestilah dari jenis yang tidak mudah menakung air dan berongga. Tiga gabungan yang terbaik ...

2.0 Apa beza organik dengan IPM?

Organik vs IPM Bila kita bercakap tentang pertanian organik, yang akan saya ringkaskan menjadi PO, mesti tak dapat dipisahkan untuk menyentuh juga berkenaan Intergrated Pest Management (IPM) ataupun dalam bahasa Melayunya. Pengurusan Perosak Bersepadu. Secara umum, pertanian organik tidak menggunakan bahan sintetik langsung. Tetapi IPM, penggunaan bahan sintetik masih dibenarkan, dengan gabungan strategi pengurusan penyakit. Sebenarnya, bukan mudah-mudah untuk kita claim bahawa produk kita organik tau, lebih-lebih lagi produk kita tu ingin memasuki pasaran antarabangsa. Kalau dijual di pasar-pasar kecil tu mungkin mudah sebab undang-undang dan penguatkuasaan masih belum kuat. Tapi di peringkat antarabangsa, PO dikawalselia oleh badan-badan standard seperti IFOAM (International Federation of Organic Agriculture Movements) Norms (IF- OAM, 2012), Codex Alimentarius (FAO and WHO, 2007), atau European Union (EU) regulation (EC, 2007). Menurut Codex Alimentarius, PO perlu patuh kepa...